Monday, February 08, 2010

Aku nak Kena Bagi motivasi Speech??? Aiyoooo......


Aku dapat sms lagi dari my wife berbunyi macam ni,"Sek Safwan call." Aku dah mula rasa suspen, apahal pulak anak aku ni. Aku cepat cepat call my wife apa perkara yang sebenar. Jantung aku dah berdegup kuat nih. Then wife aku beritahu Cikgu Norlia call and nak beritahu pada 27hb March aku kena bagi speech motivasi untuk upacara penyampaian hadiah cemerlang pelajar termasuk keputusan cemerlang SPM 2009. Terkejut rimau aku. Alahai tak ada orang lain ke nak suruh kasi speech. Yang best tu aku jadi wakil ibubapa untuk kasi speech tu. Aiyoooo....boleh jadi Abraham Lincon nih kasih speech. Dah lah aku ni bukan committed PIBG pun and tak pernah jengah muka pun.
.
Pihak sekolah suruh aku datang awal pada hari Jumaat and boleh bawa keluarga sekali and penginapan di sediakan. Aku rasa mati kutu sebentar. Apa yang aku nak cakap and nak goreng nih. Aku bab bab ucapan oficial memang hampeh. Kalau aku speech ikut keluar mulut je. Mana sedap aje aku cakap. Kira ikut idea datang la. Orang kata macam kasi bayan. Aku yang risau bukan apa takut gemuruh dok depan dewan dengan semua parents and murid murid focus kat aku. Lepas tu nak keluar perkataan pun tak leh rasa tersekat kat kerongkong. Buat masa ni aku cool dulu. Nanti balik baru aku nak fikir apa aku nak buat. Kebetulan anak aku pun dapat hadiah cemerlang masa tingkatan empat. Aku rasa cikgu cikgu ni ingat aku keje kat obersea kira special la konon........hehehehehehe.

3 comments:

SkiD said...

Bila ko nak balik?
boleh le pekena teh tarik ke...

Abu Ikhlas said...

balik insyaallah 12 march. nak kena teh tarik boley...bawalah keluarga datang ke rumah...

Abu Ikhlas said...

balik insyaallah 12 march. nak kena teh tarik boley...bawalah keluarga datang ke rumah...