Sunday, February 21, 2010

Tidur atau Tak Tidur

Aku baru aje balik dari bazar. Barang yang di beli seperti biasa. Khasnya untuk aturcara masak memasak aku dalam minggu ni. Beli tepung, gula, corn and ada lagi benda benda lain. Corn t aku beli sebab nak buat jemput ikan bilis dengan jagung. Kalau makan memang best. Tambahan pula dari air tangan aku yang ajaib dan magic ni. Cincai macam mana pun sedap. Hheheheheh...puji skit. Tapi kalau korang tak pernah makan cuba lah buat jemput ikan bilis dengan pepper corn ni. memang best gile. Sekali makan nak lagi.
.
Aku balik dah pukul 1.15 petng. Pergi kantin ingat nak makan, tapi tetiba selera hilang. Entah kenapa aku pun tak tahu. Aku cuma makan sayur saja sampai orang kata aku vege. Tak apa lah. Balik bilik lepas kemas semua barang dan sembahyang zohor mata rasa layu aje. Alahai nak tidur ke tak..... Kalau tidur tentu bangun dekat pukul 5 petang. Kalau tak tido banyak benda aku boleh buat. Tak rugi rasa. Finally aku decided tak nak tido and update blog ni. Sat gi buatlah apa yang patut. Aku punya emroidery tu seminggu dah tak berjalan. Tu baru satu sarung bantal. Kalau empat berapa nak siap entahlah.
.
Aku nampak roti macam capati tadi. Aku beli. Semangat nak makan dasyat tapi rasa macam tak boleh habis aje. Sebenarnya esok nak masak kari ikan and nak makan dengan capati atau pun dengan nasi tumis halba yang mak aku selalu buat. Kalau makan mesti sedap. Serai aku pun masih ada and rasayana elok esok masak kari ikan bawal dengan nasi tumis halba. Pergh.....mesti terangkat punya.

No comments: