Apa Dah Jadi???
Lately ramai orang cite sana sini gomen tak ada duit. Kadang nak percaya pun susah sebab tak transparen. Rasa macam gomen sembunyi masalah ni. Aku ada call adik angkat aku baru ni dan dia kata dah tak outstation dah sebab gomen cut budget. Lepas tu terima email beritahu minyak nak naik ke tahap RM3.80 se liter. Kalau macam ni lah cerita aku rasa tahap hidup rakyat miskin akan terus tertekan dan meningkat. Ramai orang membujang tak mampu nak kahwin. Silap silap peratus perceraian pun meningkat sebab hidup stress sebab harga barang akan melambung dengan tinggi. Kira semua lah naik mencacak. Lepas tu gomen boleh jawap , Malaysia still termurah berbanding dengan negera lain. Siap keluar statistik lagi.
.
Lately aku pun pelik, apsal anak dara aku yg kat boarding school tu dua minggu sekali kena balik. Kadang tiap tiap minggu. Penat wife aku nak mengambil. Rupanya sekolah tak ada duit nak kasi makan bebudak. Lebih kurang camtu lah. Aku rasa sekolah cam gini boleh tukar kepada sekolah 'slimming school'. Baru ni sekolah mintak lagi duit RM600 untuk aktiviti apa entah. Bagi orang yang mampu ok, tapi bagi orang yang tak mampu cam mana nak korek duit. Gaji yang ada pun cukup makan aje tiap tiap bulan. Nak simpan pun tak cukup.
.
Entah lah, aku pun tak tahu apa nak jadi lagi. Patut ke kita terus bersabar??
Comments