Thursday, February 25, 2010

World War I & II

Hari ni aku enjoy cite Save Private Ryan. Ni kali kedua aku nengok. Tapi tak habis baru separuh. Esok sambung balik. Sambil tu aku sibuk makan koci yang aku goreng satu periuk tadi. memang enjoy bila nengok movie sambil gidih koci.
.
Masa sekolah aku ada belajar sejarah pasal world war I & II tapi tak detail. Aku rasa masih samar samar lagi. Memang kita arif perkara utama orang berperang untuk mendapat kuasa. Tak kisah lah kuasa industri atau kuasa ekonomi. But end of the day yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen sendiri yang tidak berdosa. Yang paling azab adalah kanak kanak, wanita dan orang orang tua. Mereka inilah golongan yang terdedah dengan segala bahaya dan malapetaka sebab bersifat lemah. Aku dah muak dengar cerita perang ni. TV bilik aku ni ada berita Al jazeera. Lain cite tak ada. Semua cite pasal perang dan perselisihan faham sampai muak aku nengok and finally aku tak buka TV langsung. Baik layan internet and movie atau baca buku dan buat handy craft aku.
.
Tapi aku memang curious sangat nak tahu dengan detail sebab sebab terjadi World War I & II. Ada sesiapa bloggers/pembaca yang tahu which is the best book to read with precise detail of history that unbiased to any country or community. Aku ingat nak order dari Amazon.com.

No comments: