Friday, February 05, 2010

Snowing Dengan Lebatnya








Ingatkan Snow dah habis. Rupanya hari ini snow turun dengan lebat sekali. Apa lagi kami semua jadi jakun dan terus main snow. Seronok bukan main. Kira petang tu tak keje sangatlah sebab dok main snow sampai ada yang guling guling lagi. Lepas tu siap berposing lagi walau pun menggigil kesejukan. Tak apa lah bukan selalu pun kan. Rasanya snow sepanjang hari. Esok kabarnya suhu sampai -15 degree. Wow kalau macam tu memang turun lagilah. Agaknya kat bilik kenalah bekal air sama sebab takut tak ada air nanti kena catu macam tahun tahun yang lalu sebab air dah beku dalam paip. Ada paip pecah dan tak dapat bekalan air sampai beberapa hari. Apa apa pun memang bestttttt................

2 comments:

SkiD said...

Bestnya...aku lum pernah lagi main salji betul2. Main salji buatan kat Genting ada la...sejuk oiii...tak dan 5 minit aku dah kuar...pas tu masuk balik. Rugi le, bayar tiket untuk 30 minit.

Abu Ikhlas said...

skid,

tak pa nanti boleh main yg ori kalu ada rezeki