Panduan Kehidupan



Orang orang alim beritahu hak Al Quran adalah menkatamkannya sekurang kurang dua kali setahun. Sudah tercapai ke?? Entahlah...kadang ok dan kadang tak ok. Aku rasa perlu kuat semangat untuk tunaikan hak tersebut. Aku ada seorang member yang sentiasa membaca Al Quran bila waktu terluang. Di dalam poketnya sentiasa terdapat sebuah Quran kecil untuk di baca pada bila bila masa. Aku dapat rasakan hati dan sanubari dia dah melekat pada amalan membaca Al Quran. Aku pernah ziarah seorang budak Arab masa aku masih student dan dapati dia tak tahu membaca AlQuran. Masa tu aku berasa begitu pelik seorang yang fasih bertutur bahasa Arab tak dapat membaca Al Quran. Selepas insiden itu baharulah aku faham mengapa ianya terjadi.
.
Aku juga cuba berstiqamah untuk membaca Al Quran. Bila duduk berseorangan menjadi lebih mudah untuk berbuat begitu sebab mempunyai banyak masa terluang. Setiap kali hari Jumaat aku cuba pergi ke Masjid awal untuk mengambil kesempatan untuk selesaikan satu juzuk bacaan AlQuran. Apabila aku duduk di belakang sambil keluarkan Quran kecil aku tu, tiba tiba aku di kerumuni oleh orang orang local. Aku cuba layan bicara mereka walaupun aku tidak faham. Ada ketikanya mereka meminta aku menyemak bacaan mereka walau pun untuk surah surah yang pendek. Aku akan cuba baiki bacaan mereka yang silap. Aku pun bukan nya pakar tajwid tapi bolehlah setakat nak baca. Ada yang dapat membaca dengan baik dan ada yang menjadi pendengar setia.
.
Apa yang aku nak zahirkan disini ialah, sebenarnya ramai orang orang di sini yang rindu untuk melihat dan membaca Al Quran. Oleh kerana suasana dan keadaan tak condusive hajat mereka banyak yang terpendam begitu sahaja. Di sini Quran hanya layak di ajar di masjid sahaja oleh imam. Ada kalanya aku terasa sayu bila berpeluang menikmati bacaan mereka itu dan sekiranya aku berada dalam suasana mereka berkemungkinan aku pun tergulung di dalam golongan manusia yang jahil membaca AlQuran. Hidup ini hanya sementara yang memerluka kita sentiasa bersyukur.

Comments

ashley said…
Kat mana sebenarnya anda merantau right now?
tertanya tanya la juga...dok baca cerita SEJUKKKKK ja.
Abu Ikhlas said…
saya berada di Turkmenistan. Tahu ke di mana ianya terletak??? Kalau tak pasti boleh refer to peta dunia..

Popular posts from this blog