Saturday, February 27, 2010

Chatukchak Market

Dua minggu lasgi aku nak balik kampung. Rasa memang dah tak sabar. Aku teramat rindu untuk jumpa keluarga aku dan juga member member. Banyak cerita yang nak di kongsi bersama. Banyak benda yang nak di kasi dan banyak benda yang perlu di uruskan. Hatta banyak program yang di atur perlu di rancang dengan sempurna.
.
Tapi, kali ni aku nak stop over kat Bangkok for few hours. Aku nak ronda ronda dan nak shopping shopping. Aku nak spend duit untuk beli barang barang dan cenderamata. Sambil tu nak ambil fresh air of Bangkok. Most of the time nak spend masa di Chatukchak Market. Aku tak pernah lagi ke sini tapi dah dengar banyak cerita yang tercipta. Perkara pertama aku nak cari original Thai Silk untuk baru raya anak anak dara aku dan Isteri. hahahahaha...... Keduanya aku nak cari benih benih pokok yang exotic untuk aku tanam walau ruang taman di rumah sekangkang semut.
.
Rasanya dua minggu adalah jarak masa yang lama harus aku menuggu. Biarkan, aku tetap menghitung hari dan membuat countdown, janji aku puas dan seronok untuk balik kampung.

No comments: