Member Aku Kahwin Lagi...

.
What????..... terkejut beruk aku sekejap macam tak percaya. Aku kenal member aku pun masa aku kat Bradford buat MSc dan kebetulan aku sewa rumah mak dia masa aku masih bujang. My sister kata, kesian kat wife dia. Aku kata, suami dia bukan ada buat salah apa pun. Bersyukur aje lah. Tapi orang pompuan bukan boleh dengar kita jawap macam tu. Mesti tak setuju nye. Pas tu aku cepat cepat sms wife aku. Aku jadi kepoh kejap. Wife aku pun tak percaya sebab kadang aku pun suka kelentong...hehehe. So aku pun call and cerita kebenaran gossip tersebut.\
.
Bagi aku kalau dah nikah oklah. Duduk lah elok elok kongsi kebahgiaan. Janganlah gaduh gaduh. Nanti suami pun pening and nak berlaku adil pun susah. Eloknya para para isteri bernombor ni saling membeantu barulah dapat payung emas kat syurga. Aku doakan dia bahagia ke akhir hayat. Lepas tu aku jadi bertambah kepoh lagi terus sms member aku ni untuk dapat kepastiaan dari empunya diri. Tapi belum berbalas. Entahlah number hp tu valid lagi ke tidak.
.
Seronok bila cerita orang nikah dua tiga kali nih. Tapi untuk aku rasanya tak adalah niat tuh. Aku dah kunci rapat rapat hati aku untuk wife aku. Tapi kuasa Allah tak siapa dapat menghalang. Aku pun dah tak terbilang bilangan member aku yang bernikah dah dua tiga kali. Sebenarnya hidup bermadu ni unik bagi orang orang yang mahu memahami......
Comments