Sunday, February 28, 2010

Anak Saudara Aku Bertunang

Semalam anak saudara lelaki aku bertunang. kalau orang putih kata 'nephew' aku bertunang atau engage. Kebetulan bertunang dengan orang Balik Pulau, kampung ayah aku. Selidik punya selidik rupanya bakal mertua dia tu seorang guru yang pernah mengajar di Gurun, tempat aku membesar sampai sekarang. Orang utara kata pi mai pi mai tang tu jugak.
.
Paksu minta maaf sebab tak berkesempatan untuk pergi meminang. kalau Paksu ada mesti paksu jadi tekong untuk berbicara. Hehehehe....mesti gamat majlis di buatnya. Tapi Pakngah dah ada jadi wakil kira cantiklah tu. Kenduri bila nak buat? Tak payah lah tunggu Paksu kalau masa tak mengizinkan. Benda baik elok di segerakan. Tapi Paksu dah kasi kat Tok untuk beri kat Mizi duit maskawin tu. Kira Paksu sponsor lah tu. Nanti nak nikah Paksu sponsor dua pasang baju melayu seperti yang di janji. Tapi sampin cari sendiri ye...sebab bukan dalam perjanjian. Warna kira Paksu pilihkan ok tak....mesti glamor punya.
.
Buat masa ni Paksu harap Mizi mencari ilmu atau belajar untuk menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawap. Kalau nak kursus dengan Paksu pun tak apa. Sembahyang jemaah mesti jaga baru berkat rumahtangga. Sebab orang yang ke masjidlah yang akan membawa berkat pulang ke rumah. Pimpinlah keluarga dengan tegas dan berhikmah. Jadilah ketua keluarga yang adil dan bertaqwa. Paksu pun sampai sekarang masih belajar untuk menjadi ketua keluarga yang baik walaupun tak sempurna.

5 comments:

SkiD said...

Peh! rajinnya...

Alhadi Management said...

kalau nak sponsor kawan kawan pun apa salah nya.... fadilat bina masjid kan....hahahhaa

Abu Ikhlas said...

skid,

ko tersilap korum ke??/ hehehehe...aku memang rajin...tak tahu ke...

Abu Ikhlas said...

Kodi,

aku boleh sponsor upak kadi untuk ko...hehehehe....di tanggung beres....bila tuh????

Abu Ikhlas said...

Kodi,

aku boleh sponsor upak kadi untuk ko...hehehehe....di tanggung beres....bila tuh????