Sejuknye......


Selepas saja habis snow suhu di sini sejuk gila. Boleh di katakan tiap tiap hari suhu dalam -2 to -11 celcius. Memang sejuk gile. Badan habis semua berbungkus. Kalau tidak rasa muka pun macam kebas kebas dah. Nak pegi site pun dah malas. Lagi pun orang pun tak leh nak buat keje sangat. Bila dah suhu terlampau sejuk heater dalam bilik pun malas aje nak berfungsi. Aiyooo... bekulah macam ni.
.
Heater kat bilik aku satu tu rasa macam dah kong. Tapi boleh tahan lagi lah sebab aku ada satu lagi heater kat bilik air. Heater dinding tu pulak cam mau tak mau aje berfungsi. Kalau temperature drop below -3 pun memang dah tiada heat. Ada angin aje. Mangkuk mana yang design entahlah. Spec letak bagus aje tapi tak berfungsi. Memang chap ayam. Bila balik bilik memang tension. Sejak semalam intenet pun mogok pulak. Masa aku dok taip ni adalah tapi lembab bangat. Memang dah torture tahap gaban ni.
.
Mujurlah ada hair dryer aku yang dulu aku guna untuk keringkan bulu Lia. Sekarang aku pakai aje untuk sejukkan tangan dan kaki kaki malah seluruh anggota badan. Kalau nak selimut aku hair dryerkan dulu selimut aku baru aku masuk ke dalam. Kira berbaloi juga lah ada hair dryer ni. Mujur dulu Amin ajar aku nak panaskan benda benda dengan cepat. Dok nak repair heater satu lagi tu tak boleh pulak. Esok aku kena panggil lagi teknisyen tu untuk repair.
.
Esok nak keluar bandar walau pun sejuk sebab banyak benda nak buat. Pertama nak cari bateri jam aku yang dah mampus. Lepas tu nak cari bulp lampu katil aku yang dah ko. And banyak lagi barang barang keperluan lain. Oopppsss tak lupa untuk tukar duit. Bila dah sejuk macam ni rasa nak buat apa pun malas. Sekali sekala sejuk macam ni terkenang keadaan aku dulu terpaksa study dalam sleeping beg sebab sejuk sangat.

Comments

ASH said…
Teringat kawan kat Cheney dulu. Musim sejuk, air dalam toilet bowl pun beku. Nak 'membuang', kena ambik hair dryer kasi cair ais dalam toilet bowl tu...
.
.
haiiihh...
Abu Ikhlas said…
hahaha.....kalau nak hidup kena kreatif kan....

Popular posts from this blog