Satu Ketika Nanti


Tak perlu ragu ragu dan tak perlu risau. Satu hari nanti kita akan jadi begini. Menjadi seorang tua. Kalau umur dapat menjangkaui lebih 63 tahun adalah satu bonus. Tua tiada ubatnya. Umur akan tetap meningkat tanpa henti pada setiap saat. Tanpa sedari atau tidak kita akan menjadi tua. Wajah akan berubah. Tenaga akan berkurang. İngtan semakin luntur. Hakikatnya apabila tua kita akan menghampiri kubur walau pun mati tidak mengenal usia.
.
Aku selalu berdoa agar di beri ingatan yang baik sehingga mati. Aku juga berdoa dalam apa keadaan pun aku dapat menguruskan kehidupan sendiri tanpa mengganggu kehidupan orang lain. Aku juga berdoa setiap masa semoga aku akan mendapat anak anak yang beriman dan beramal soleh yang tahu tanggungjawap mereka kepada tuhan, parents dan masyarakat dan juga tak lupa pada makluk Allah yang lain. Kehidupan di dunia adalah sementara. Kita perlu didik diri ini bahwa kehidupan sebenar adalah kehidupan selepas mati. Sakit sebenar bermula di kubur. Rehat sebenar bermula di kubur. Dan kuburlah perhentian pertama yang menentukan hala tuju manusia.
.
Cuba pandang ke cermin. Amatilah wajah kamu dengan tenang dan puas. Berapa banyakkan garis garis baru yang muncul. Berapa banyakkah bintik bintik hitam yang muncul. Berapa banyakkah uban yang putih bertambah. Ada apa apa perubahan? Cuba tarik pipi dengan perlahan. Masih ada kekenyalan pada kulit? Kemudian beralih pandangan kepada telinga kamu. Pasti kamu akan dapati perubahan. Ya, wajah kita tak semuda dulu. Kulit kita tak setegang dulu. Pipi kita tak segebu masa muda. Inilah hakikat kehidupan ini. Aku, kamu dan dia pastinya akan menjadi tua. Maka bersedia lah....

Kamu takut? Ya.... aku pun sama.

Comments

Popular posts from this blog