Angan Angan Pertama Yang Kecundang

Dulu aku pernh berangan nak jadi doktor. Tapi hajat tak kesampaian sebab nak pegi obersea. Kadang rasa menyesal gak. Lepas tu ingat nak jadi akitek plak tapi bila nengok nak kena belajr sampai 7-8 tahun terpaksa lah ku kensel. Last last buat lah course yang aku tak berapa bekenan ni. So inilah angan angan aku yang pertama kecundang di tengah jalan.
.
Bila dapat result SPM tahun 1982 aku dapt tawaran ke obersea. Tak pernah terpikir dek akal nak ke sana. Maklumlah dok kampung. English pun bahasa Inggeris kampung yang cukup makan aje. Tapi slang aku ok lah jugak. Tak lah macam Abe Omar aku atau Haji Hisham dengan slang ala ala Ganu. Jangan marah ye Abe and Tuan Haji, melawak aje. Saja nak usik. Kapalterbang pun tak pernah naik. Kira macam jakun jugak lah.
.
Aku ingat lagi bila dapat temuduga tu, aku di arah ke bangunan AIA di Aloq Staq. Masa tu abang aku yang temankan aku. Sampai saja kat situ kami di suruh lihat jadual temuduga and terkejut dan kecut perut sebab nama aku mula mula sekali. Aiyoooo....apa aku nak cakap. Bila tiba waktu aku pun masuk dalam bilik tu dan ada ramai orang. Masa tu nak terberak pun ada sebab ketaq. Aku rasa member aku Ropinah pun interview pada waktu yang sama sebab aku ada jumpa member dia satu sekolah kat Kolej. Bila aku duduk aje ada seorng aje yang dok drill aku cukup cukup. Dia tu wakil MARA. No wonder aku dapat biasisw MARA.
.
Pertama dia suruh aku brief dia apa course yang aku nak ambil. Mujurlah ku ada baca prospectus UTM sebelum aku pergi interview. Tapi yang best tu bil dia tanya aku macam ni....

'Awak bercakap dengan bahasa apa di rumah?'
'Bahasa Malaysia'. Aku jawp dengan tersipu sipu.
'Eh, bahasa Malaysia ke?'
'Awak cakap pure Kedah aje'.

Aku pun terus terdiam dan tersipu sipu. Rasanya muka aku dah blash dah..... Hbis aje temuduga tuh aku terus cabut balik. Dalam fikiran tuh aku dah kompom memang tak dak can la aku nak ke obersea......

Comments

i amsterdam said…
Assalamualaikum again,

Rasanya kita memang interview kat tempat yang sama. Frankly speaking, I was so nervous I did not remember anything much..but I was sure that I could not go anywhere coz my english was cukup makan je. Tak sangka pulak nak dapat buat South Australian Matriculation kat kl tu. And that's where we met(again?)
Abu Ikhlas said…
Yes....Tou remeber that we met for the 2nd time di puduraya masa I hantar mertua I blk kpr? perhaps the third time I boleh pergi ke rumah you di Amsterdam?? Sebab mng dah panning nak tour europe dgn my boys selepas habis projek, insyaallah..
i amsterdam said…
Yup, masih ingat kat puduraya tu...

Silalah datang ke Amstelveen ni, sini tak ramai org M'sia. Kat Den Haag tu ramaila..My son is the only malaysian at the school. Cuma masakan I tak le sesedap masakan you & yourwife(I'm sure) he..he..

So..bila nak habis projek kat sana?
Abu Ikhlas said…
Projek habis dec 2010. Lama dah tak masak..... Insyaallah kalau sampai ke sana saya akan ke rumah you. Eh jauh ke rumah you dari schipol airport
i amsterdam said…
Takla jauh sangat, kalau naik kereta mungkin 20 minit kut, tapi kalau naik bas rasanya 45 minit. Maklumlah pusing kut terusan & padang dulu..

Popular posts from this blog