Kenangan Di Musim Sejuk


Sebenarnya aku suka sangat imbau kenangan silam untuk di kongsi dengan manusia sedunia. Dan yang pastinya aku mahu anak anak aku tahu apa yang aku alami sepanjang hidup aku. At least mereka tak akan jemu untuk membaca kisah hidup aku dan untuk di autobiography kan dan juga untuk di jadikan pedoman, panduan dan entah apa lagi. Hehehehe.
.
Masa aku belajar di London 25 tahun yang lalu, suasana belajar tak lah mewah. Biasiswa pun cukup makan sahaja. Sebulan dapatlah 240 pound rate London. Sewa bilik dah la 120 pound dan tinggal lagi 120 pound. Baki tu lah nak bayar tambang bas, keretapi, tube, alat tulis, makan dan sebagainya. Memang perit nak berjimat. Kadang bila cukup bulan memang tak ada saving langsung. Itu dah cukup baik kiranya. Tapi ada juga yang negative aje setiap bulan. Lebih melarat tiap tiap hari makan sadin aje. Aku tak adalah macam tu. At one time aku dah tak boleh bau dan makan sadin lagi. Kalau tidak aku akan muntah. Sebab ada member aku tu dah pokai asyik makan sadin tiap tiap hari.
.
Oleh kerana nak berjimat duit aku terpaksa bangun awal untuk tumpang mini van ke campus kat Dartford. kalau nasib dapatlah tempat dan kalau malang kena naik train. Masu peak hours kena bayar full tak leh pakai student card. Masa balik macam tu juga kena beratur untuk dapat tempat. Satu hari tu waktu winter aku terpaksa naik kereta api. masa tu malam dah awal. Balik aje dah gelap. Udah lah sejuk, perut keroncong, penat dan pelbagai, tension memang tension.
.
Bila train sampai aje aku terus lompat ke coach yang terdekat seperti bilik. Dalam tu rupanya dah ada satu Mat Salleh muda yang baru balik dari kerja kalau aku tak silap. Dalam mata aku pejam celik aku perhati pemuda tu yang sedang baca buku. Tetiba mata aku terbeliak terkejut beruk bila aku amati gelagat pemuda tu. Korang tahu apa dia buat?????..... Masyaallah dengan aku rasa loya dan mualnya rupanya dia lombong hidung dia dan makan..... Yakkk....... Aku rasa macam nak terjun keluar aje dari gerabak tu.....

Comments

Popular posts from this blog