Selamat Hari Raya Korban Untuk Semua Umat Islam

Esok semua orang akan meraikan Hari Raya Korban. Aku dah call family and my mother ucapkan selamat hari raya. Tapi di sini bukannya raya esok tapi pada hari Sabtu. Tahun lepas pun sama juga. Orang dah raya baru kami sini nak raya. Nak buat macam mana sebab raya decided by ketua negara dia. Aku pun kena doa banyak pada dia agar Allah curah kan hidayah dan petunjuk supaya dia dapat mentadbir negara ini seperti mana yang Allah kehendaki.
.
Raya Haji ni bukan sekadar suka suka nak beraya tapi yang paling penting adalah penghayatan dan ertinya pengorbanan yang sebenar. Yang paling penting adalah pengorbanan. masa, diri dan harta benda untuk mensyiarkan sinar Islam keseluruh alam. Semoga semua manusia kenal dan dapat beriman pada Allah yang Maha Esa dan cuga Pencipta segala makhluk.
.
Family aku tak balik beraya di kampung sebab wife aku tak sihat sejak kebelakangan ni. Harap anak anak saja untuk menolong dia di dapur. Kalau aku ada pastinya aku akan siapkan semua menu untuk hari raya dan pastinya wife aku akan dapat berehat secukupnya. Wife aku kata masak apa yang patut sahaja. Talipon mak aku kat kampung, depa semua sedang sibuk memasak untuk hari esok. Tahun ini aku buat juga ibadah korban di kampung yang mana mak aku yang uruskan. Kat sini tak buat seperti tahun lalu tapi nak menyebuk aje pada pari penyembelihan selepas sahaja selesai sembahyang raya.
.
Untuk semua umat Islam, pengunjung setia blog aku and member meber aku, aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban. Sehingga kita bertemu lagi..... Dan doalah untuk aku ok...

Comments

Ahmad Al-Hadi said…
Kira dah azam kuat dah tu.

Inshaallah saadon dah ambik perhatian tu. Hehehe
Ahmad Al-Hadi said…
Selamat Hari Raya che not!
SkiD said…
Selamat Hari Raya!! Walaupun dimana anda berada...
Abu Ikhlas said…
Kodi, Skd,

TQ..tq..tq

Popular posts from this blog