Member Aku Mazlan Pet Pet

Inilah member aku Mazlan Pet Pet. Masa aku nak tangkap gambaq ia tu, dia kata, 'Nanti sat, biaq aku buang topi dulu'. Lepas tu dia upaq remoih baru nampak macam Shah Rukh Khan. Tapi kalau orang nengok dari jauh takut orang tersilap ingat Mat Bangla Citagong mana terlepaih kat sini. Bila aku ke bilik dia tu nengok dia masak sambil pakai kain pelikat teringat aku pergi ziarah mamak mamak yang sewa di bilik bilik semasa aku tinggal di PJ Old Town. Tulah nak cari duit kan banyak benda yang kita korban dan terkorban. Jadi isteri isteri kena ingat sama.... suami datang sini serious bekerja bukan serious cari biniiiii..... Hehehehehe...... Itu belum lagi aku cerita pasai kembaq siam dia yang tak serupa dan tak sama.

Lan,
Aku nak pantun kat hang. Hang dengaq.....

Hitam hitam sitampuk manggis,
Walau pun hang hitam tapi senyum hang tetap manis....... Kalau hang tak percaya pegi tanya sarah...

So aku pun ambil kesempatan ini untuk bergambar dengan Shah Rukh Khan ni. Sain otograf tak sempat sebab terlupa nak bawak. Nak sua tangan tak leh sebab sejuk sangat. Bila aku dok sebut cerita Shah Rukh Khan ni aku teringat satu peristiwa semasa dia datang untuk buat filem One Two Three Kar Four. Masa tu pejabat aku kat tingkat lima puluh lebih KLCC tower 2 . Masa tu aku dok buat projek MRR MLNG 1 & 2. Dari atas aku dapat nampak mereka berlakon, samada menyanyi atau menari aku tak ingat. Tapi masa tu memang ramai orang beri tumpuan pada dia dan masa tu jugak dia top kat Mesia.
.
Esok pagi tu aku dengar radio Era.... Sorang pompuan ni cerita lah cam ni..... 'Dalam ramai ramai orang berpusu salam dengan Shah Rukh Khan, saya salah seorang yang menghulur tangan untuk salam dengan Shah Rukh Khan. Seronoknya saya dapat salam tangan dia (Kalau boleh tak nak basuh - ni aku tambah). Lepas tu baru saya terperasan yang saya terpegang dan tersalam tangan Mat Bangla. Malunya saya bukan kepalang.' Aku dalam kereta ketawa berdekah dekah lepas tu.
.
Lan, tangan hang ke tuh.....hehehe.....Aku melawk je Lan. jangan marah ye....

Comments

SkiD said…
Gambo ni kat mana bro?
Abu Ikhlas said…
skid

gambar ni kat caspean sea.....

Popular posts from this blog