Buatlah Yang Terbaik
Semasa Ba menulis ni Ba tahu Abang sedang tidur lena. Besok Abang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ba doakan agar Abang akan dapat buat yang terbaik dan menghadapi peperiksaan tersebut dengan tenang. Ba bukan sahaja doakan untuk kejayaan Abang, tapi Ba akan usahakan untuk berdoa dan berhajat yang sebenarnya. Semoga segala doa Abang, Ba, Umi dan adik adik akan di makbulkan. Jagalah kesihatan dan diet dengan sebaiknya supaya mendapat idea dan fikiran yang segar bugar. Tenang kan diri dan jangan panik apabila menjawap soalan. Segala resepi cikgu, Ba, umi dan mereka yang terlibat telah ilhamkan. Maka, gunakan lah ia dengan sebaiknya.
.
Bila Ba buka simpanan dan himpunan gambar gambar lama, tersedar seketika cepatnya hari berlalu dengan silih berganti. Ba belek semula gambar gambar Abang dan Hadi semasa kita sama sama menonton perlawanan hoki di Bukit Jalil. Waktu tu Abang masih bersekolah rendah. Kita pergi beramai ramai. Masa tu Ba masih ada banyak masa untuk bersama sama dengan kamu semua. Insyaallah awal bulan depan bila Ba balik kita ronda ronda lagi. Tapi mana destinasi kita kali ini ye......

Comments