Aktiviti Selepas Sembahyang Raya



Lepas breakfast aku dah siap nak bertolak ke masjid. Aku pergi jemput Rizal. Lepas tu aku ke bilik Lan. Bila buka pintu tu aku nampak muka Lan dan Madi yang tersengeh sengeh. nengpk je depa tersengeh dah tau dah jawapan depa dua. Tapi depa masih lagi kata, ' Tak pa hang pi dulu lah, nanti kami pi.' Faham sangat dengan kata kata dan maksud tuh. Lepas tu aku call bahzin berkali kali tapi tak jugak jawap talipon aku nih. Hhmmm...mesti solat raya atas katil. hehehehe..... Macam ni lah bila pagi dah dingin and gelap lagi walau pun dah dekat pukul lapan.
.
So aku dengan Rizal terus naik kereta Byram untuk ke Masjid. Sembahyang pukul 9.10 pagi dan orang semakin ramai datang ke Masjid. Di sini panggil Qurban Byram. Cuti sampai 4 hari. Tapi sambutan macam biasa aje. Dlam perjalanan dah nampak orang sedang melapah kambing walau belum pun bermula sembahyang raya. Lepas saja sembahyang aku ambil keputusan untuk beraya di Bazar aje. Kedai buka macam biasa dan orang pun ramai.
.
So aku pun carilah barang keperluan yang aku perlu untuk minggu ini. barang yang aku beli adalah seperti berikut.
1. New Sweater - harga 75 manat. Nampak fesyen baru sikit with turtle neck and cream colour.
2. Syampoo Clear - 14 manat
3. Spring onion and corriander leaves - 6 manat; ingat nak buat karipap. Tapi bila balik aje rupanya Hj Hisham dok tunggu ambil daging korban. So padan muka semua tak leh makan karipap.
4. Grapes - 5 manat; dah di penghujung pun. Sehari aje aku korbankan anggur nih.
5. Dry fig half kilo - 5 manat
6. Mix nuts; almond, hazel nuts and pecan - 9 manat
7. Kuaci; sunflower seeds (kegemaran aku masa nengok movie macam dok panggung wayang) - 8 manat
8. Biskut sunflower - 2 manat ( memang sedap)
9. Mushroom - 5 manat
10. Chocolate - 11 manat

Semua sekali berjumlah 140 manat x 1.3 bersamaan RM182.00.

Lepas tu ingat nak ke rumah Zahid sebab dia dah jemput. Cari punya cari tak jumpa jumpa rumah dia kami pun terus balik ke bilik masing masing. Dalam cuaca dan suasana yang yang dingin begini aku rasa macam nak tidor aje..........

Comments

Popular posts from this blog