Tugas Sebagai Guru


Kerja guru adalah satu pekerjaan yang mulia. Mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna dan berpelajaran. Masa aku kecil nak jumpa cikgu pun takut. Kalau terserempak cikgu dekat kampung atau di pekan dah risau sebab takut di soal cikgu nanti mengapa tak belajar. Jadi dalam kepala otak tu apa nanti nak kelentong.
.
Lepas aku habis SPM aku buka kelas tuition untuk murid murid tingkatan 3. Mengajar member member aku mathematics. Yuran murah aje. RM10 shaja satu kepala. Setiap hari 2jam seminggu 3 hari. Mana nak dapat murah macam tu kan. İtu pun ada parents yang tak bayar pun. Tak kisahlah sangat sebab niat aku pun nak membantu bebudak kampung dan member member aku improve mathematics.
.
Sebelum aku berangkat ke UK untuk first degree aku pernah jadi guru sementara di Sek.Men. Bedong, Kedah. Aku ganti cikgu wanita yang baru saja beranak. Masa tu aku kena ajar biology untuk murid tingkatan empat dan lima. Manakala murid tingkatan dua aku mengajar sains paduan. Ajar budak aliran sains ok skit sebab rata rata mereka murid yang bijak. Tapi apabila aku mengajar murid tingkatan dua rasa macam boleh lemah jantung. Udahlah kelas ujung ujung lepas tu boleh bising pulak. Masa aku buat test bulanan tu ramai yang fail. Hhmmmm....pada hal soalan senang sahaja. Aku tak adalah buat soalan objektif. Aku buat soalan subjektif sebab mahu mereka baja buku bukan main aci teka. Bila aku semak jawapan yang di beri memang boleh pecah perut aku terpaksa ketawa. Tak terfikir dek akal.
.
Kadang bila dah bising sangat tuh aku panggil depan berdiri satu kaki. Bila aku kaji memang ketara murid murid yang miskin terutamanya yang tinggal di estet memang agak ketinggalan. Pada akhir perkidmatan aku tuh yang bestnya Guru Besar suruh aku beri kata kata perangsang dan dorongan kepada semua murid. Alamak...apalah yang aku nak cakap. Masa tu pun aku baru aje berumur 20 tahun. Murid murid pompuan tu pun boleh jadi girl friend aku. Tapi aku belasah aje lah dan siap tepuk tangan lagi. Gaji yang aku dapat tak lah seberapa pun masa tu sebab taraf gaji SPM je lebih kurang RM460. Siap ada EPF lagi.

Comments

Popular posts from this blog