Impian Yang Belum Tercapai ??

.
Tapi sekarang rasanya seronok pula nak belajar kembali. Tapi kalau nak buat PhD pun tak mungkin ku akan buat sesuatu yang teknical. Aku rasa dah cukup pening dengan benda benda teknikal ni. Tapi kalau memang aku masih kuat berhajat, aku rasa nak saja belajar atau research tentang children development. Tak kiralah apa apa topik pun sebab aku lebih suka buat sesuatu yang memerlukan pemerhatian, survey dan sebagainya.
.
Dulu aku kenal seorang professor dari India. Dia adalah President, Persatuan Burung Burung Liar Sedunia. Masa aku di rumah dia, dia tunjuk kepada aku bagaimana dia buat research tentang seekor anak burung di sebuah pulau yang terpencil seorang diri sahaja, sehinggalah anak burung tersebut membesar dan bebas. Tapi sekarang aku sudah lost kontek dan tak tahu di mana dia sekarang. İni cerita 15 tahun yang lalu.
.
Hidup ini perlu di rancang. Kalau tidak kita end up dengan membuang masa. Masa untuk tuhan, masa untuk keluarga, masa untuk majikan dan masa untuk diri sendiri. Dan masa untuk diri sendiri yang susah sangat nak manage....
Comments