Winter Is Coming




Cuaca semakin dingin. Kelmarin cuaca sejuk dan berkabus. Aku ambil kesempatan ini untuk berjalan di tepi wharf. Ombak laut semakin besar menghempas pantai. Hakisan terus menerus berlaku. Tetapi wind chill factor semalam tak teruk. Jadi tak payah nak bungkus telinga dan pakai sarung tangan. Memadai dengan memakai wind breaker sahaja. Aku suka melihat lautan Caspean yang saujana mata memandang. Itik itik liar pun sama sama meraikan kedatangan musim sejuk yang akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi. Waktu maghrib sudah semakin awal. Pukul 6 petang sudah meniti kegelapan begitu juga dengan waktu subuhnya bermula seawal 6.45 pagi. Kadang semangat diri berkurangan terpengaruh dengan kesejukan suhu. Ini membuatkan diri lebih selesa lepak di bilik sahaja dan melayan intenet dan blog.

Comments

Popular posts from this blog