My Coursemate

Bila aku ingat dan kenang semula kawan kawan aku masa kat University dulu rasa rndu pulak. Macam macam bangsa ada. Iraqi, Iranian, British, Lesoto, Indian, Greek, Hong Kee, Brunei, Malaysia. Singaporean, Scottish, Irish, Nigerian, Carribean dan ramai lagilah yang tak dapat aku senaraikan. Sayangnya semua contact depa aku dah tak ada. Dulu manalah ada gudjet2 macam sekarang. Aku cub juga cari dari university Alumni tapi tak jumpa seorang pun. Tapi yang masih aku dapat contact cuma member baik aku si Khurshed Ahmad yang kini bekerja di London. Kalau aku berpeluang ke sana lagi pasti aku akn mencari dia.
.
kadang nak berkawan dengan orang yang bertentang budaya memang susah. Way of life tak sama. Cita rasa tak sama. bergaul cuma di dalam lecture and di waktu group projek and experiment. baik setakat di situ sahaja. Tapi aku memang ramai kawan bangsa asing. Aku suka bertukar fikiran dan belajar budaya mereka. Kalau merapu dengan member aku si Laith Bazzuoi tu mesti dia suka menyanyi lagu hindustan. Boleh ketwa aku bila di menyanyi. Bila dia nampak member aku si Che mat mesti dia panggil Lionel Richie.
.
Tapi aku ada seorang lagi coursemate yang lone ranger berasal dari Lesoto. Nama dia Chelly apa entah. Orangnya tinggi lampai dan cool sahaja. Kalau dia buat presentation dalam class mesti semua orang ketawa bagai nak pecah perut termasuk lah aku. Kadang sampai terbit air mata. Tapi dia serious stone gila walau dia buat joke slamba masa presentation.
.
Aku dengan member aku Che Mat pulak suka sangat menyakat dia sebab suara dia memang unik. Dia buka mulut saja mesti nak ketawa. Kadang tu aku memang nakal sikit. Suka mengajuk cara dia cakap dengan Che Mat lepas tu kami dua sama sama ketawa. Kebetulan member aku Chelly ni depa kata kalau week end memang suka mabuk. Lagi pun ia bukan nya orang İslam.
.
Satu hari tu dalam kelas, lecturer masuk lewat. Aku dengan CheMat saje nak menyakat dia. Dengan cool dan serious dia toleh ke arah kami terus keluarkan kata dengan nada yang lembut 'F**k O**.' Aku dengan member aku pun terkejut beruk dengan perkataan dia tu sebab tak sangka. Tapi kami bukan terus diam tapi lagi ketawa berdekah dekah..... hehehehehe.... Lepas tu dia pun tak layan kami dah....
.
Bila habis aje final exam semuanya membawa haluan sendiri tanpa sempat mengambil sebarang no talipon atau address. Sejak tamat belajar sudah dua kali aku ke Uk iaitu pada thun 1995 and 1999. ıtu pun atas urusan kerja. Sekarang hajat untuk ke sana kembali memang besar. Tapi bila yeee.....

Comments

Popular posts from this blog