Musim Berubah Bagaikan Hati Berubah


Semasa aku bersembang dengan doktor doktor muda di Republic Czeck, salji dah turun dah walau tidak lebat. Itu agak sebulan yang lepas. Tapi si sini cuaca masih tak menentu. Kalau di amati waktu ini sudah sejuk sangat. Pagi sahaja sejuk tapi apa bila beransur ke tengahari dan petang suasana sejuk sudah berubah menjadi suam. Waktu pagi kalau ke ofis mesti berbungkus tapi bila petang kurang berbungkus. Di sini memang tak ada pohon pohon kayu. Jadi suasana autumn tak terasa langsung. Kecuali kalau ke bandar; barulah nampak daun baru nak menukar warna ke kekuningan. Tapi belum lagi gugur.
.

Aku rasakan autumn pada tahun ini sangat lewat. Bagitu juga waktu summer yang lalu. Waktu winter awal tahun ini salji hanya turun dua kali. Itu pun tidak selebat mana. Tiba sahaja ke bumi terus cair. Warna putih dapat di lihat dan di nikmati untuk sekejap waktu sahaja. Aku rasakan perubahan musim sudah tidak terurus lagi. Aku pun keliru. Bukan aku sahaja yang keliru tetapi aku pun rasakan bahawa unta yang aku lihat meragut renek semalam di tanah luas pun sama sama keliru. Itik di laut Caspean pun bersetuju dengan pendapat aku. Itu belum lagi aku tanya pada swan yang berenang dengan lemah gemalai di tepi laut.
.
Dunia menjadi semakin pelik. Aku dapat rasakan pada hari hari yang berlalu. Aku dapat lihat pada berita berita tentang banjir, gempa bumi dan macam macam lagi seumpama dunia tidak dapat melayan lagi segala kerenah manusia. Ya... sebenarnya apa yang berlaku adalah di sebabkan oleh tangan manusia itu sendiri.... Musim berubah bagaikan hati hati yang sentiasa berubah. Kita perlu berdoa semoga hati hati kita tidak akan berubah terhadap Allah taala seperti mana musim musim ini berubah perlahan lahan.

Comments

Popular posts from this blog