From Dover to Ostend

Apabila tiba sahaja waktu winter, waktu sembahyang rapat rapat sangat. Kalau nak berjalan jalan memang susah nak jaga sembahyang. Melainkan orang yang boleh sembahyang di mana mana sahaja tanpa malu dan segan. Waktu winter masa aku masih student sampai sekarang aku akan bekalkan kain serban satu apabila aku keluar meronda. Lagi satu wuduk mesti ada siap siap. Bila masuk sahaja waktu solat dan tak sempat nak ke masjid, aku akan cari tempat yang tersorok dan terus tunaikan solat. Kiblat tu kadang tawakkal saja lah. Kadang bila orang lalu lalang orang akan pandang ke arah aku begitu lama sebab hairan dengan perbuatan aku. Tak apalah moga moga dia boleh dapat hidayat dengan memandang aku sembahyang.
.
Pernah sekali tu aku ada inspection for steel structure kat UK. Sementara menunggu waktu meeting di ofis contractor tu aku terus ke bilik air ambil wuduk untuk dirikan solat. Aku mula sembahyang zohor masa tu. Tetiba ada Mat Salleh ni buka pintu untuk bertemu aku, dan terlihat aku terus sahaja sujud. Apa lagi dia sampai nak terlatah sebab terkejut dengan perbuatan aku. Masa tu sembahyang aku pun dah tak kusyuk. Mujurlah dia tak pengsan. Tapi aku selamba aje teruskan solat.
.
Aku bersama dengan 3 member aku ke Brussel masa cuti winter keluar jemaah. Tak lama kita pergi. Cuma 4 hari 3 malam sahaja. Sana banyak orang Moroko. Masa tu lah aku baru merasa masakan 'kus-kus'. Waktu balik kami naik feri untuk ke Dover. Bila sampai waktu magrib kami terpaksa tunai solat atas feri. Orang agak ramai. Kami terpaksa sembahyang di kawasan deck atas dan sebelah hujung. Member aku siap azan lagi. Lepas tu kami bentang tikar untuk sembahyang jemaah. Masa dalam sembahyang tu ramai orang berhimpun keliling kami dan dengan tiba tiba cahaya bekerlipan menuju ke arah kami. Oooooo....rupa rupanya mereka mengambil gambal kami menunaikan solat. Mereka hairan apa yang kami lakukan.
.
Ramai orang Islam sendiri tidak tahu apakah kelebihan, rahsia, dan kekuatan solat. Kalaulah semua manusia tahu apakah solat yang sebenarnya nescaya mereka tak akan berganjak dari sejadah untuk jangka waktu yang lama.

Comments

Popular posts from this blog