Aku Terima Berita Sedih......
Tadi aku dapat message dari anak saudara aku berbunyi begini melalui YM , "Paksu, Makcik Nailah meninggal dunia sebab breast cancer." Aku macam tak percaya saya. Jadi aku terus tanya lagi. " Maksudnya isteri aruah pakcik Wan Lokman ke?" Aku cuba dapat kepastian dari anak buah aku. Aku baharu sahaja plan untuk ziarah keluarga aruah kawan aku yang kini telah menetap di Kuala Terengganu. "Yelah......" Anak buah aku beri kepastian. Aku terus capai talipon dail no tel kakak aku untuk mengetahui berita yang lebih terperinci. Memang benarlah isteri aruah kawan aku telah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan anak anak yang seramai lapan orang.
.
Aku terus talipon wife aku untuk menyampaikan berita sedih tersebut. Wife aku terperanjat dan dari suaranya aku dapat rasakan dia sedang menangis sebab berkongsi kesedihan. Wife aku kata kalau ada kelapangan eloklah ke Kuala Terengganu untuk menziarahi anak anak aruah. Aku tidak memberi sebarang jawapan. Tapi aku terus sms pada Abe untuk mencari rumah aruah di Kampung Bukit Tunggal bila kembali ke Malaysia untuk mendapat khabaran tentang anak anak aruah dan membantu mana yang perlu. Aku pun turut berkongsi kesedihan sebab aku sangat arif dengan perjalanan hidup aruah. Semoga Aruah dapat bertemu dengan aruah isteri di syurga nanti.
.
Pernah sekali aku bermimpi akan aruah kawan aku ni. Masa tu dia baru sahaja meninggal dunia. Masa aku bermimpi tu kami berdua sedang berada pada kawasan air terjun yang nyaman. Arwah sangat gembira untuk pergi mandi di sana. Yang pelik tu aruah sahaja yang dapat pergi mandi ke situ tapi aku terasa kaki aku bagaikan kaku tidak boleh melangkah ke sana. Selepas tu aku terus tersedar dari tidur. ...... mungkin tafsiran nya aku sahaja yang dapat andaikan.
.
Sebenarnya hidup kita semakin hampir pada mati. Tetapi kita tidak pernah berhati hati untuk menjalankan hidup ini dengan sempurna seperti apa yang Allah mahu. Bukan seperti apa yang kita tafsirkan.
Comments
Akhirat selamanya kan.....