Driving Lesson


Lepas sahaja SPM aku terus suruh anak teruna aku ambil lesen kereta. Aku rasa senang untuk wife aku nak minta tolong bila dalam keadaan emergency. Aku di beritahu bahawa tarikh untuk test adalah pada pada 5th March depan. Itu pun setelah tukar driving school kepada yang baru. Kalau masih dengan driving school yang lama emtah bila lagi nak test. Bila call ade je alasan untuk tangguh. Lastly aku suruh anak aku tukar sekolah memandu aje. Nak bisnes tapi tak pandai jaga client. Aku harap anak aku ni dapat lesen sebelum aku balik ke Malaysia.
.
Bila cerita pasal memandu ni aku pun nak cerita skit pasal aku ambil lesen kereta. Masa tu aku masih bujang and tinggal di PJ Kawasan Melayu. Aku terpaksa ambil lesen dengan secara tiba tiba sebab aku dah ada program aku yang tight. Sebelum hari ujian memandu tu, aku punya instructor asyik kutuk aku je cara aku pandu. Dia kata kalau macam ni aku pandu mesti tak pas punya. Kebetulan dia seorang cina. Aku dah bengang and terus aku jawap. "Eh awak tau ke....yang kasi awak pas atau lfail tu bukan nya pegawai JPJ, tapi Allah Taala. Kalau itu JPJ orang mau kasi gua pas, tapi itu tuhan Allah tak izin, terer macamana pun tak akan pas. Tapi kalau JPJ orang mau kasi gua fail tapi gua punya tuhan kata gua mesti pas, tak ada siapa dapat halang. Itu hati orang JPJ dan semua orang semua itu tuhan Allah control." Terus mamat ni terkedu. Akhirnya dia kata," Betul la apa lu cakap."
.
Bila hari test aku pilih hari Jumaat untuk ambil berkat and sempat sembahyang hajat. Masa test tu aku ada buat kesilapan masa on the road. Pertama aku bawa kete terkial kial sebab lupa nak release handbreak. Kedua lepas selesai aku terlupa pakai talipinggang keledar. Masa dlm perjalanan aku nampak macam dia pangkah aje. Dalam hati aku sure fail. Kertas yang dia kasi tu aku lipat dan terus masuk poket. sebab aku dah pasti fail punya. Lepas tu aku di panggil lagi untuk ujian paking pulak. Aku pas with flying colours. Hehehehe.....
.
Habis semua aku pun jalan dengan lemah longlai sebab aku rasa mesti fail masa on the road. Aku buntu sebab dua minggu lagi aku kawin. Lepas tu aku nak ke UK untuk further study. Jadi aku tak ada lagi masa nak ulang ujian. Tak apa aku cakap pada diri aku kalau fail nak buat macam mana kan. So aku pun dengan perlahan keluarkan kertan ujian yang aku sorok dalam poket tadi dan buka lipatan tersebut. Dengan kuasa Allah taala aku pas sebenarnya. Aku memang bersyukur. Lepas tu aku jumpa instructor aku dan beritahu keputusan ujian tersebut. Dia pun turut gembira. Di akhir kata aku pun kata," Sesungguhnya Allah Maha Kuasa and makluk tak ada kuasa,"

Comments

Unknown said…
Aku dapat merasa kepulangan buzruk ke gelanggang......
Abu Ikhlas said…
kodi.....tu kisah 20 tahun lebih yang lalu......sekarang kamsur he.....baguslah ko masih bersangka bik dengan aku kan.....doalah.....

Popular posts from this blog