Pernah Tak Kita Terfikir??


Cuba lihat gambar di atas. Mesti kita rasakan hebatnya manusia membina bangunan yang tertinggi di dunia tuh. Suatu hari bila kita berjalan jalan dan terpandang sebuah mahligai yang indah. Pasti diri kita berkata siapakah gerangan pemilik mahligai yang hebat itu. Sedang kita memantu kereta kancil yang dah semput tu tetiba kita di potong oleh sebuah kereta Mez model terbaru. Mesti kita terpegun dan tertanya tanya siapakah gerangan tuan yang empunya. Pastinya kita rasa ada kehebatan kepada orang yang empunya mahligai dan kereta tersebut.
.
Hari ini cuba kita beri masa selama 1 minit sahaja. Muka kita mendongak ke langit dan cuba kita berfikir...... Fikir apa???? Fikir betapa hebatnya Allah Taala yang menjadi kan langit tanpa sebatang tiang pun untuk menyokong. Hebatkan kekuasaan Allah itu. Hebat kan kerajaan Allah Taala. Tetapi mengapa kita masih lagi ragu ragu dengan kehebatan dan kekuasaan Allah? Sebab hati, jiwa, fikiran, tubuh dan nafsu masih sayangkan dunia yang sementara. Sebab kita rasa seolah olah mati bukan untuk aku tetapi untuk orang lain.

Comments

Ahmad Al-Hadi said…
inshaallah sy azam 4b secepat mungkin, amir sahb...
Abu Ikhlas said…
ehem...ehem....bila plak aku jadi amir sahb ni......
ASH said…
bagussss..falsafah yang baguuss untuk dkongsi
Abu Ikhlas said…
inilah hakikat hidup kita

Popular posts from this blog