Jalan Jalan Cari Makan di Bangkok
.
Nak makan di Bangkok memang susah kalau tak tahu nak cari makanan halal. Sana sini tak halal. So agak masalah gak lah nak cari makan ni Bangkok. mungkin bagi orang yang dah biasa pergi tak menjadi masalah. Tapi yang menjadi perhatian aku adalah gerai tolak ang ada seperti di dalam gambar. Gerai tolak ni ada banyak terdapat di kaki lima samada di depan shopping compleks. Nampaknya tak menjadi masalah untuk mereka menjaja. Jadi aku pun intai intailah kalau ada makanan yang halal untuk di makan.

Dari banyak banyak makanan yang di jual aku rasa jagung rebus nilah yang paling tepat untuk aku makan. Aku beli satu aje pada mulanya. Dia potong isi lepas tu di letaknya shreaded coconut and di tabur garam dan gula. Bila rasa aje best jugak jadi aku beli lagi satu untuk kenyangkan perut aku yang sedang lapar. nak buat macam mana nak makan yang lain dah tak ada dan tak sempat.

Minah ni jual air minuma yang di botolkan. Aku beli satu air mineral dan lepak bersila di depan complex ni dan terus menjamu jagung rebus yang aku beli tadi. Best jugak lepak lepak sambil pandang pandang orang lalu lalang di sini.



Bila aku tengok penjaja penjaja yang berbaris rapi di depan shopping complex and di pinggir kaki lima aku rasa macam bagus juga. Pasal apa tak dapat di jalankan seperti ini di KL ye?? Cuba buat depan SOGO ke atau depan KLCC ke. Tapi buat lah dengan sempurna dan ada concept sikit mesti best kan. Rasa macam unik aje. Tapi kalau buat macam ni di depan SOGO mahu DBKL datang dan angkut gerai bergerak ni naik lori. Kadang senang nak cari duit, tatapi di sebab kan kerenah birokrasi, ianya membuatkan manusia susah untuk mencari rezeki.

Comments

Popular posts from this blog