Fashion Mall, Bangkok
.
Visit Bangkok memang best. macam macam ada. Cuma aku tak berpeluang untuk ronda sepuas hati sebab masa tak mencukupi. Nanti aku datang semua bila ada banyak masa baru best untuk ronda ronda. And nak ziarah tempat tempat yang exotic pon ok juga. Di Fesyen mall ni menjual secara whole sale atau biasa tapi berbagai fesyen yang ada. Cuma butik pakaian lelaki akan kurang. Nak window shopping semua sekali rasa tak larat badan nak melayan.

Ini berbagai bagai cincin yang di jual. memang sesuai untuk di pakai kalau jadi artis. Agaknya Sharifah Aini dan Siti shopping di sinilah kan.

Ini pula anting anting. macam macam jenis. Aku rasa kalau pakai kejap kejap ok la. kalau pakai selalu mahu cuping telinga jadi panjang sampai dua tiga inci. jadi macam porang bidayuh pulak. No wonder ramai orang suka shopping di Bangkok untuk di jual di Malaysia.

Ini pula eksesori berbagai jenis gelang yang di buat dari kau kalau aku tak silap. Aku rasa gelang gelang ni ada dua function. Satu untuk bergaya dan satu lagi adalah untuk tujuan keselamatan. Kalau orang serang boleh baling gelang tersebut ke muka. kalau baling pada anjing pun slap hari bulan anjing tu pun boleh mati.

Ini pula berbagai jenis design t-shirt yang sangat menarik dan colourful. Aku tak beli apa sangat pun sebab beg dah berat. kalau nak beli on the way balik ke Malaysia sudah pasti beg aku akan penuh dgn barang barang dari Bangkok.

Pakaian trendy macam ni sapa yang nak pakai aku pun tak tahu. Tapi ini sebahagian dari shop lot yang mempamerkan barang keluaran mereka.


So barang siap nak ke bangkok memang berbalaoi kalau nak shopping dan berniaga. naik pula tambang urah Air Asia. Tapi Air Asia hanya boleh bawa 15kg aje. Aku terjumpa juga dengan beberapa anak anak dara muslim siam kat sana. Ingatkan orang malaysia sebab wajah orang Siam seacuan dengan orang Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog