My New Blazer

Kalau tak silap aku my last blazer aku beli masa aku buat Master kat UK. Kalau di hitung mau dekat 20 tahun yang lalu. pernah aku suruh wife aku check dalam almari and wife aku kata dah berlubang dek di gerit lipas. Aduh........ Hari ini aku pergi intai intai kat kedai. Mula mula niat tak nak beli pun. Window shopping dah la. Tapi bila dah nampak blazer yang aku berkenan tu terus terasa nak beli. Aku tak mahu satu suit, cuma baju sahaja.
.
Mula mula aku ke kedai kat hujung tu tapi tak ada saiz and banyak choice. lepas tu aku pergi ke kedai pakcik tua tu yang dulu suka kasi aku dengar bacaan Al Quran dari handphone dia. Aku memang berkenan blaze satu tu dah dah cuba pun. memang aku nampak hensem...hehehehe. Aku pun tawar tapi dia nak jual kat aku sampai USD90. Aiyoo...mahalnye...adakah patut. Aku kata nanti dulu. Lepas tu aku ke kedai satu lagi dan jumpa blazer yang lebih kurang sama aje dgn yg di jual oleh pakcik tadi. Tawar punya tawar dapat juga USD55. Aku terus beli lah. next trip bila nak balik Malaysia bolehlah aku melaram. Atau melaram kat opis pun ok gak. Jaket jaket yang banyak tergantung dalam almari nampaknya aku kena bawa baliklah.

Comments

Popular posts from this blog