Friday, April 02, 2010

Ikan Kelisa - Part I




Sebelum aku nak cerita pasal ikan kelisa atau arowana ni, biar aku cerita dulu apa dah jadi kat blog aku ni. Sejak aku balik ke sini intenet macam siput. Memang aku jadi tension sangat. Kalau aku buka aje intenet, aku ada masa nak ke toilet ke, nak baca buku ke dan macam macam lagi aku buat dan belum tentu intenet tu ok. Rasanya sampai esok pagi pun tak boleh. Orang makin ramai kat sini tapi band width cam tu gak memang slow lah. So next week aku terpaksa cari alternantif lain.
.
Now lets talk about this ikan kelisa. Aku dah lama minat nak bela ikan ni tapi sangatlah mahal dan aku tak termampu. Ikan ni memang cantik dan lenggok dia dalam air masa berenang memang mempersona. Dulu masa aku kecik lagi harga memang mahal tapi sampai sekarang harga ikan ni tetap maintain je. Orang cina panggil dragon fish dan boleh kasi 'Ong" sebab tu sangat laku di sebelah Eastern Asia. Rupa rupanya ada bisness ikan kelisa ni. Bagi orang yang ada duit banyak bagai termntah boleh la beli dan labur. Harap harap tak lebur.
.
Untuk pengetahuan you all semua yang gambar di atas tu masih muda dan tu pun dah mencecah ribuaan ringgit. Tapi yang badan melengkong tu adalah golden bluish arowan yang harganya mencecah belasan ribu ringgit. Aduh mana nak korek duit nak beli tu. Bagus juga kalau bela dari kecil cukup dua tahun jual. Untung dari simpan duit di bank. Betul tak???

No comments: