My Private Room
.
Hari ini, Ahad aku tak kemana. Malas dan nak belai diri sahaja di bilik. Nasi briani semalam bersama curry bombay masih ada. Aku habiskan saja makanan itu untuk hari ini. Aku ada banyak aktiviti yang perlu aku langsaikan. Kejap lagi aku nak mula design the floral arrangement untuk embroidery aku tu. Dah lama tersadai di dalam laci. Kalau masih bertangguh alamatnya tak akan siap. Yang aku paling risau sekarang aku belum lagi menulis plot cerita yang sudah ada. Aku masih rasa belum cukup bahan untuk aku garapkan. Tambahan pula nak tulis dalam bahasa Inggeris. Orang kata kita kena mula dengan langkah pertama dan langkah seterusnya akan menyusul.
.
Bila dok sorang sorang macam ni especially boring boring mula ingat orang orang yang tersayang di sana. Aku pun mula menghitung hari. Tapi untuk sampai ke penghujung, kadang tu terasa teramat lambat bagai siput menyusur. Selagi apabila bangun pagi masih ada mentari kira hidup ini akan tetap di teruskan.... Betul tak???
Comments