Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor


Hari Ahad ni adalah hari mengundi untuk memilih MP baru daerah Hulu Selangor. Kalau korang nengok depa berdua, siapakah yang korang pilih??? Aku??? Aku akan pilih orang yang bijak dan mesra rakyat. Aku tak akan pilih orang yang cakap tak serupa bikin. Soal party aku ni neutral ....hahahaha.
.
Aku tinggal di sini pun terasa banhang mengundi tu. Cuma aku tak dapat sertai mereka aje. Tiap tiap hari aku call wife aku tentang perkembangan terkini. Macam biasa wife aku memang tak angkat pot. Aku dah suruh register untuk undi....tak juga daftar. Hmhmhmhmmh..... Tapi dia kata ramai orang ketuk pintu untuk jumpa dan macam macam nak depa cerita. Sampai dapat surat khabar free lagi. Aku pun talipon member aku yang banyak info. Dia kata tiap tiap hari BN buat kenduri. Boleh gantung periuk di buatnya. Kalau selalu macam ni kan bagus. Member aku kata lagi the one and the only one. Tak ada lagi dah peluang macam ni. masa sekarang nak apa pun dapat. Dapat ke???? janji biasa la....yang terjadi adalah janji palsu.
.
Tapi aku kesian dengan orang felda...dah banyak kali kena tipu pasal duit jual tanah mereka tu. Pukul canang sana sini dapat 50K seorang. Rupanya dapat 1K aje. 49K lagi kalau BN menang. Kalau macam tu mana dia keikhlasan. Terang terang aku nak cakap sebab aku pun dah muak. Orang kasi kita ambil tapi kalau nak pangkah, sendiri mau ingat......
.
Untuk Penduduk Sungai Buaya semua aku ucapkan selamat mengundi dan undilah dengan bijak sebab undi itu hak anda.

Comments

ashley said…
Yang kesian penduduk Sungai Buaya....jadi macam Pak Pandir..Menang sorak, kampung tergadai.
Abu Ikhlas said…
betul ashley....di main main kan macam badut...tapi x juga sedar sedar.......gomen mmg suka kalu org melayu jadi cam lembu kena cucuk hidung

Popular posts from this blog