Alhamdulillah Kaki Dah OK
Semalam my father in law bawa anak aku ke hospital Sungai Buluh untuk jumpa doktor. Rasanya dah tiga minggu kaki anak teruna aku berbungkus. Finally doktor kata kaki dah ok dah tak perlu berbungkus lagi. Cuma doktor nasihatkan semoga latih kan kaki untuk berjalan dan tak bisa buat kerja yang berat berat sebab tulang masih belum lekat pada muscle. Aku rasa lagi dua bulan baru pulih sepenuhnya. Aku rasa kali ni tak perlu lagilah main bola. Carilah permainan lain yang tak perlu berebut bola ramai ramai.
Aku pun terkejut akan berita kematian Din Beramboi sebab dia tu jiran aku. Walau rumah aku agak jauh dari rumah dia. Anak dia yang sebaya anak aku beritahu bahawa mereka akan berpindah dari sini dan kembali ke Kepung. Aku doakan agar rohnya di satukan bersama dengan orang orang yang solih dan di tempatkan di syurga.

Comments
Al-Fatihah utk Din Bramboi, dulu biasa nampak dia hantar anak ke sekolah...
tulah ajal maut di tangan tuhan