Arowana - Part II




Sejak aku balik beberapa kali yang lalu, abang aku asyik ajak aku ke Bukit Merah untuk melawat kolam ikan arowana yang di kendaikan oleh Bukit Merah Aquaculture Sdn Bhd. Aku tak ada masa masa tu sehingga aku balik baru baru ni. Mula mula tu aku cuba tunaikan hajar abang aku sebab dia beria ia sangat ajak aku ke sanan. Lagi pun aku ni bukan peka sangat dengan investment ni. Simpan duit kat bank dah walau ciput dapat.
.
Bila aku sampai ke sana, aku pun cubalah tinjau apa ang ada. Aku nampak ratusan kolam ikan arowana. Aku terfikir juga, siapakah yang sanggup membeli atau melabur pada satu kolam dengan harga ratusan ribu. Apa pula pulangan nya nanti. Mustahil lah aku rasa perniagaan ni. Abang aku terus mendesak aku duduk di kaunter kosong untuk mendapat penerangan lanjut. Ok...anak tokey ikan tu kalau aku tak silap nama Lyn terus mempelawa aku duduk. Yang best tu kakak akak aku pun turut serta.
.
Dia pun menjelaskan apa kah kaedah perniagaan ini. Senang cerita mereka menjalankan sistem pawah. Kita cuma beli ikan di kolam yang mereka akan jaga. Kemudian bila cukup setiap dua bulan mereka akan tuai hasil anak anak ikan itu. Kalau banyak dapat cepatlah kaya kan. Tanya sahaja harga satu kolam yang mengandungi 20 ekor iaitu 5 jantan dan 15 betina lebih kurang RM280K. Itu kira yang high kelas. Kira sama harga dengan Mez 230E tahun 2007 gitu. Aku macam cuak aje apa ang dia terangkan kat aku. Tapi aku macam percaya pun ada. Aku dengan skim skim macam ni memang aku was was. Boleh kata seribu satu soalan aku ajukan pada mereka.
.
Aku balik aje rumah aku terus browse internet pasai ikan tersebut dan hampir semua nya seakan sama apa ang di terangkan pada aku. Lepas tu sebelum aku balik dia hadiahkan satu vcd hasil rakaman pihk TV3 untuk info aku. So sapa yang berani dan ada duit yang lebih silakan lah untuk melabur di situ. Kalau was was eloklah ke tempat itu sendiri untuk mendapat keyakinan dan penerangan yang lebih baik. Selamat melabur ye...

Comments

Popular posts from this blog