Saturday, April 24, 2010

A Malay Toddler With Blue Eyes

Hari ini aku baca paper. Itu pun setelah beberapa hari tak dapat baca sebab internet slow macam siput. Kira slow dia kalau mandi, guling guling, tidur, makan dan sebagainya belum tentu internet down load dah habis. Memang tension. Tapi nasiblah blog aku tak ada masalah pulak nak down load. Kira selagi blog aku tak terusik kira selagi tu aku boleh hidup. Kalau tak baca paper pun tak apa lah. Kira macam tu.
.
Back to berita tadi. Best nye dia dapat mata biru kan. Memang jadi perhatian seluruh kampung dan juga seluruh Malaysia. Kalau nasib malang nanti orang boleh datang minta jampi jampi pulak. Kira jadi macam tok bomoh pulak.
.
Tapi aku nak cerita pasal experience aku sendiri masa aku masih sekolah menengah. Aku suka mandi di satu tempat yang kami panggil Sungai Kunyit yang terletak pada kaki gunung Jerai, gurun. Aku selalu pergi dengan adik angkat aku Budin and seorang member aku. Bila nak ke situ aku terpaksa melalui kebun getah yang kami panggil KebunTengko. Di situ juga terletak kediaman penduduk India. Ada sekali tu aku melalui tempat kediaman tu aku terserempak dengan beberapa kanak kanak India. Aku pun terkejut aku melihat mata mereka memang biru. Aku hairan dan bertanya mengapa terjadi begitu. Mak atau bapak awak orang putih ke ? (Walaupun mereka tak putih tapi hitam). Lepas tu si abang suruh aku lihat mata adik dia yang dia kata mempunyai mata kucing. Aku pun terus pantang. Rupanya adik dia mempunyai satu mata berwarna hitam dan satu mata berwarna biru. Memang aku tersangat kehairainan.
.
Sekarang bila aku balik kampung, Kebun Tengko tu dah lama pupus. bebudak tu dah besar dan mungkin sudah berumah tangga. Tapi masa tu tak ada seorang reporter pun yang angkat pot. kalau aku nak menjadi seorang yang angkat pot nak saja aku pegi sana semula mencari bebudak tu dan ambil gambar letak kat blog aku.....hehehehe.

No comments: