Wallet Aku Hilang



Selalunya bila aku dah siap nak ke ofis ada tiga perkara aku akan tentukan aku bawa bersama ke ofis. Pertama sekali my PDA hand phone. Keduanya my wallet and ketiganya my own vocab notebook. Sekarang ada satu lagi iaitu buku Legal Terms Dictionary for non-lawyers. Jadi aku akan pastikan semuanya tersedia di atas meja. Bila balik ke bilik waktu lunch aku akan keluarkan PDA aku dan wallet. Macam biasa aku akan letak di atas meja. Bila nak ke ofis semula aku akan ensure that aku collect them and put into my pocket.
.
Hari Selasa lepas bila aku siap nak ke ofis semula lepas lunch aku dapati wallet aku dah tak ada. Puas aku cari serata tempat dalam bilik tak jumpa juga. Aku perasan yang aku ada keluarkan dari poket aku dan letak atas meja. Macam mana boleh tak ada. Aku check juga di bawah katil dan serata penjuru. Tak juga jumpa. Tak kan ada toyol masuk dalam bilik masa aku having a short siesta? Tak mungkin. Aku masih terfikir fikir lagi. Mana aku letak? Lepas tu aku terfikir mungkin aku terletak di atas meja ofis selepas aku balik dari site.
.
Lepas aku selesai zohor di surau aku terus bergegas ke ofis. Cari semula di atas meja dan laci tapi tak juga jumpa. Aku panic tapi tetap cool. Aku relek aje. So aku balik semula ke bilik aku. Cari lagi seluruh alam mana aku letak. Bila aku tak jumpa finally aku decided cool dulu lah. Aku benda benda macam ni memang aku keep quiet. Malas nak kepoh dan tuduh tuduh. Kalau betul hilang nak buat macam mana kan? Dah bukan rezeki. Duit dalam tu adalah lebih kurang USD550, RM500 and Thai Baht 2000. Kalau hilang maksudnya aku dah tak ada duit. Aku balik semula ke ofis and finally member aku kata my wallet ada pada Abe Omar aku. Syukur alhamdulillah. Rupanya wallet aku terjatuh masa aku di kabin kat site.
.
Sebenarnya baru baru ni aku ada kehilangan USD400. Tak payah lah aku cerita panjang kat sini. Rupanya duit tu bukan hak aku kot. Mungkin ada saki baki zakat aku masih tertangguh. Sebenarnya memang ada pun, yang aku nak langsaikan balik ni. Walaubagaimana pun aku masih berpegang pada prinsip aku iaitu apa yang kita makan dan pakai, itulah hak kita. Juta juta dalam bank semua tu hak Allah. Kita cuma pemegang amanah aje. Mati nanti semuanya akan di tinggalkan. Bawa kain putih dan janggut aje.

Comments

Popular posts from this blog