Friday, April 09, 2010

Lagu Lama Lama



Malam ni aku sibuk dok librarykan lagu lagu yang ada dalam simpanan MP3. Satu satu aku buat. Dari lagu Elton John, Lionel Richie sampai lah ke lagu lagu pop Melayu yang aku memang minat satu ketika dulu. Jadi aku kumpul semua lagu lagu yang aku rasa best sangat dari tahun 70an sampai lah ke lagu lagu yang popular di sekitar 80an. Aku rasa lagu lagu yang syahdu syahdu macam ni dah tak ada lagi. Zaman berubah music pun berubah jugak. Aku pilih empat lagu lagu terbaik dari penyanyi tersebut dan aku pindah ke media player. Nak tau penyanyi mana??? Of course la Kak Pah, Uji Rashid yang suara manja, Azlina Aziz dan tak terkilan lagu lagu Noorkumalasari. Lagu Francesca Peter, Salamiah Hassan, Sanisah Huri dan beberapa lagi penyanyi wanita yang lain. Jadi kalau boring boring dok dalam bilik layan ajelah lagu lagu ni. Yang tak best tu kalau dok dengar selalu rasa nak balik aje..huhuhuhuh....

2 comments:

ashley said...

cuba dengar lagu pelangi petang dan hujan dari sudirman..
mesti lagi nak balik!!

Abu Ikhlas said...

hahaha.....nanti susun lagu lagu penyanyi lelaki plak..