Sunday, April 04, 2010

My Garden
.

Banyak benda yang aku rancang untuk aku laksanakan bila balik rumah. Tapi tak semua yang terlaksana. Salah satu rancangan aku adalah nak kemas kinikan garden aku yang seluas kankang kera atau nak make over. Malangnya hajat tak kesampaian jugak. Tapi bunga teratai aku ang berwarna pink dan putih berkembang seolah olah meraikan kepulangan aku. Bunga kemboja pula dengan banyak sekali berbunga dan bertaburan ke bumi. Yang ni aku terlupa untuk ambil gambar.
.
Selalu bila balik aku tak akan lepaskan peluang untuk menjelajah Sungai Buluh walau dalam jangka masa yang singkat. niat untuk aku propogate pokok pokok yang kecil untuk hanging pun tak sempat. Itulah yang dikatakan mood mengatasi segalanya. Kadang masa dah ada tapi mood manafikannya. Nampak gaya kena bust planning yang baru pada cuti yang akan datang. Tak di nafikan, next time the same old reasons will happen.

4 comments:

SkiD said...

Balik lepas ni boleh le buat kebun terus...hehehehe!!

ashley said...

haiya...bro!!

Abu Ikhlas said...

skid,

kebun??// tu dah kena beli tanah beso tuh..

Abu Ikhlas said...

ashley,

entahlah mungkin mood tak menjelma jelma lagi