Bertambah Lagi Koleksi Aku
.
Hari ini aku dapat dua lagi koleksi cristal. Satu tu aku boleh guna untuk letak potpuri atau gula gula ke......atau duit syiling ke... Harga tak mahal cuma RM15 sahaja. Sebenarnya dah lama aku nak beli dari an old Russian lady ni. Sampai sekarang aku nampak macam orang lain tak berkenan aje. Mungkin rezeki aku and aku terus beli. Bila balik bilik aku ingat nak letak lah gula gula kopiko. Tapi nampak gaya aku letak buah pun ok juga.



Tapi bila aku letak pisang aje nampak terjuntai keluar semacam aje. Rasa macam tak stable plak. Tak apalah nanti aku letak lah benda lain pulak bila aku sudah kenyang makan pisang tersebut. Next trip aku bawa balik aje kot.



Ini pula kendi biru yang baru aku nampak. Nampak comel aje aku terus beli. Harga RM7 sahaja. Murah kan. Aku ingat kendi kendi yang aku dah kolek ni nak letak dan susun pada dapur aku. lebih elok kalau aku letak pada my window sill. mesti nampak country gitu. hehehehe...... Next week aku nak ke bazar lagi sebab aku dah order kopiah yang hand made tu kat makcik kat bazar. Yang ada tu tak mah sebab besar. Bagus juga kalau aku beli satu untuk ayah mertua aku.

Comments

Popular posts from this blog