Sunday, April 18, 2010

Mind Your Language


Korang kenal tak sapa mamat ni? nama dia kalau tak silap aku Barry dalam sitcom Mind Your Language yang di siarkan oleh RTM masa aku kecil lagi. Seingat aku masa tu aku masih sekolah rendah. Aku rasa sekarang ni dia dah tua dan menjadi atuk. Aku ingat lagi gelagat anak murid dia from China, Pakistan, India, Bangladesh, France etc. Memang kelakar habis. Kalau you all nak cari sitcom cite ni masih ada di kedai kedai jual CD and DVD.
.
Sebenarnya sampai sekarang aku masih belajar untuk memperbaiki bahasa Inggeris aku. Aku selalu kata kat anak aku, kita kena belajar apa benda pun sampai ke hujung nyawa. So far dah banyak vocab aku dah hafal walaupun kadang kadang terlupa. Sekarang dok hafal legal terms pulak. bukannya aku nak jadi lawyer buruk tapi senang bila nak buat contractual letter. Bila orang baja baru teruja sikit dengan surat surat kita. Now aku refresh balik grammar aku ni. kadang tu silly mistakes pun boleh tersasul. Bukan tak tahu tapi tulis dalam keadaan tak sedar. jadi aku rasa tak rugi untuk ulangkaji semula. Baru baru ni memebr minta aku ajar dia untuk improve bahasa Inggeris. Aku dengan rela hati mengajar member aku and at the same time aku buat revision balik.
.
Satu lagi aku kena prepare my english writing standard kalau aku masih nekad untuk keluarkan buku aku tu dalam bahasa inggeris. Aku nak orang baca rasa best semacam aje. Tak adalah rasa plain and mual aje untuk baca nanti. Hehehehe....azam tu biarlah tinggi and semangat tu biarlah kuat . orang orang tua kata kalau genggam bara api biar sampai jadi arang. Tak ke gitu.........

No comments: