Sunday, April 18, 2010

Mana Satu Pilihan Hati

Anak sulung aku dah dapat beberapa tawaran untuk sambung belajar. First of all aku tak kasi dia masuk matrik sebab kalau buat matrik belum tentu dia boleh buat course yang dia minat. Kalau tak cukup point memang dapat course tah apa apa. Kalau malas belajar fail pun boleh jadi. Anak aku result bolehlah. Ada juga beberapa A's. Bila nengok style dia belajar dan keupayaan dia aku rasa elok buat diploma dulu. At least dapat course yang dia suka atas pandangan dan nasihat aku....hehehehehe.
.
Sekarang dia dapat offer kat UniKL buat diploma electrical and electronic engineering. Offer from GMI buat diploma Process Instrumentation and Control and kat Politeknik buat electrical engineering. Cuma diploma kat Uitm and UTM belum berjawab. Kalau ikut firasat aku, nak aje aku suruh dia buat Diploma kat GMI. Lepas tu cuba arrange untuk belajar kat German atau UK. Entahlah nak sangat nengok anak aku belajar kat oversea gak.. Tapi ongkosnya pak bagaimana ya...... Itulah aku kena bekerja keras untuk sekolah mereka semua. Duit yang di kumpul ni pun untuk sekolah mereka saja..... Ada apa apa pandangan korang tak pasal pilihan anak aku tuh???? Apa pun aku suruh dia istikarah untuk dapat buat keputusan yang terbaik. Bukan dia aje, tapi aku pun akan istikarah juga sebab yang baik tu datang dari Allah.

2 comments:

zany said...

setuju tu tak buat matrik, buat diploma terus, lepas tu fikir pulak nak ke mana. my cousin punya anak dpt spm 6A pun dah lari dari matrik masuk UiTM sebab semester pertama je dah goyah macam nak fail je....

Abu Ikhlas said...

zany,

i buat keputusana atas pengalaman dari anak anak buah i