Sunday, April 25, 2010

Wild Daisy

Sebenarnya aku pun tak tahu apa nama bunga ni. Tapi nampak macam bunga daisy saja. Bunga ni banya tumbuh liar di sekitar camp aku. So nampak macam cantik aje aku pun tebas dan letak dalam bekas air. Sampai bila dia nak segar entahlah. Bila aku lihat bunga bunga ni di dalam bilik teringat aku masa aku kat Uni dulu. Masa aku final year aku tinggal di campus. Bila tiba musim bunga aku akan jalan jalan tepi pagar and in the wood untuk pangkas bunga bunga dephodil and tulips. Bunga bunga ni aku kutip dan letak dalam bilik aku. Tak ketinggalan aku suka petik pokok ivy yang tumbuh merayap di tanah untuk aku hias dalam bilik. Tapi di sini tak ada banyak pilihan bunga bunga untuk di petik sebab kawasan ni kering kontang macam gurun. Bezanya cuma ianya mempunyai empat musim.

No comments: