Sunday, April 11, 2010

Ahad untuk Rehat Dan Riadah
.
kalau nak ikut kat hati malas aku nak keluar ke town. Lebih baik lepak kat bilik lagi bagus and boleh siap kan projek projek aku yang terbantut. Tapi ada beberapa perkara yang aku nak kena buat dan barang yang aku nak kena beli. Rasanya nak stok barang untuk bulan ni. For next two week rasanya tak perlu lagi nak ke Bazar.


Ini permandangan bazar kering yang menjual barang keperluan harian. macam aku cakap dulu, harga pisang memang mahal. Tapi nak makan beli jugaklah. Bukan apa, senang nak ke toilet pepagi sebab tiap tiap hari banyak sangat makan daging dan kambing sampai rasa macam nak sembelit....hehehehehehe. Korang jangan imagin sangat nanti tak lalu nak makan pulak.

Sejak seminggu ni wife aku terpaksa kejut aku pada pukul 5.15 pagi. nak tau pasai apa?? PDA aku, internal speaker rosak pulak. Baru aje beli. Tetiba rosak pulak. Tension gua di buatnya. Tadi aku beli satu alarm clock untuk kejutkan aku. Sudah dua hari aku miss subuh berjemaah. Rugi ooooooo.........

Can food ni aku beli sebab nak buat cucur jagung dengan ikan bilis. mayonis tu untuk aku cicah bersama dengan chili sos. Sedapkan bila goreng garing rangup dan di makan pada waktu malam. Tapi nasi mesti kena kurangkan. baru boleh jaga badan skit. Olive tu dah jadi wajip makan pada tiap tiap minggu. Satu tin satu hari boleh habis.

No comments: