Lalat Oh Lalat


Lalat oh lalat mengapa engkau banyak sangat? Bila muncul sahaja spring and summer maka jumlah lalat akan bertambah. Balik saja ke bilik perkara pertama adalah berperang dengan lalat. Pemukul lalat aku dah hampir berkecai. Aku ada bukan satu tapi tiga. Jenuh aku bantai sampai depa mati. Yang aku paling pantang tok nenek bila aku mula nak tidur dia pun terbang hinggap di badan. Tapi kalau dalam serombong kapal pun nak masuk, itu sudah melampau. Orang kasi betis nak paha. Apa lagi aku pun berperang habis habisan dengan depa. Kalau ke kantin pula lagi banyak. Rasanya boleh tangkap buat goreng masak kicap.

Comments

Popular posts from this blog