Cucur Kembong


Malam ni lepas sembahyang maghrib aku masuk ke dapur buat cucur kembung. Nak buatnya tak susah mana pun. Resepi ni aku belajar dari Bonda dua hari lepas. Rasa macam dah tau tapi nak kepastian aku pun tanya Bonda.
.
Nak buat dia macam ni. Ambil empat sudu besar penuh tepung. Kemudian masukkan satu sudu besar gula dan satu sudu teh serbuk yis. Then masukkan air suam secukupnya. Kira macam kita bancuh cucur udang gitu. Lepas itu biarkan selama setengah jam dan sedia untuk menggoreng. Bila nak goreng mesti pakai deep fry and fry until golden colour. Ahahaha...lepas tu apa lagi...hidanglah untuk di makan. kalau nak makan cicah dengan kari ikan atau jem pun boleh. Kira ikut selera. Atau nak makan begitu saja.
.
Bila aku balik kampung dan kumpul dengan abang dan kakak kakak aku, selalu aku suruh mak aku buat cucur kembung ni. Selalunya kami makan selepas waktu isyak. Bonda akan hidangkan cucur kembung ni bersama sama dengan kopi kow dan kari ikan yang berkuah pekat. Bonda aku ada style tersendiri untuk tuang cucur ni yang mana aku sendiri tak mahir. Aku tuang pakai jemput jemput di hujung jadi saja. Bila makan lepas tu apa jadi??? hahahaha...susahlah kita orang nak tido makan sembanglah sampai dini hari.

Comments

Anonymous said…
Bonda kita panggei cucug gandum... dah manis, kami tak cicah apa-apa.. makan gitu jerr.. untuk breakfast bole.. untuk minum petang pun bole.. :) eh, tapi yis tak masuk. masukkan telur sebijik.
Abu Ikhlas said…
cuba taruk yis lagi sedap dan rangup serta lembut.....

Popular posts from this blog