Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
.
Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Banyanganmu kian jauh dari mata

Korang tau tak sapa yang menyanyikan lagu yang sungguh syahdu tu?? Betullll..... memang Uji Rashid. Penyanyi favourite aku. Sebenarnya aku bukannya nak jiwang jiwang pada hari ini. Tapi aku rasa agak sedih dan terkilan sebab aku terpaksa berpisah dengan Lia. Aku terpaksa buat satu keputusan yang amat berat. Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Aku terpaksa hadiahkan Lia pada tuan yang baru.
.
Sebelum aku buat keputusan tersebut aku telah bermesyuarat dengan PK dan juga isteri aku. Finally aku ambil keputusan untuk berikan Lia pada keluarga angkat yang baru. Sayang memang sayang tapi apa boleh buat. Aku harap dia akan mendapat lebih perhatian darı Tuan dia yang baru. Ada banyak sebab aku terpaksa lepaskan Lia. Pertama sekali aku tak berdaya lagi menahan nafsu Lia yang sentiasa meronta ronta nak bersuami lagi. Aku rasa sangat bersalah in fact berdosa. Huhuhuhu...... Kedua mungkin tidak sesuai lagi untuk Lia berkurung di dalam bilik sahaja seperti anak dara sunti. Aku perlu biarkan dia bebas. Dan yang ketiganya aku tidak pasti bahawa aku akan pulang bersama dengan Lia pada hujung tahun depan. Keempatnya untuk bawa Lia ke Malaysia aku perlu berurusan dengan berbagai bagai birokrasi yang akan mentension dan memeningkan kepala aku. Kelimanya sementara ada orang yang berminat dengan Lia biarlah mereka memiliki Lia.
.
Inilah Tuan baru Lia. Dia berjanji untuk menjaga Lia dengan sebaik baiknya. Sebelum aku beri pada anak dara ni aku telah ajar dia bagaimana nak mandikan Lia. Bila aku nak masukkan Lia di dalam kotak, Lia meronta ronta cuba melarikan diri. Kasihan aku lihat dia. Yelah seperti anak dara yang baru di nikah dan terus bertandang ke rumah mertua untuk tinggal bersama. Mesti segala benda yang di fikirkan untuk sesuaikan diri. Aku harap Lia manage to sesuaikan diri macam mana wife aku dapat sesuaikan diri dengan aku walau pun kami tak pernah bertemu sebelum bernikah. Aku tahu Lia pun mempunyai perasaan. Aku harap aku membuat satu decision yang tepat untuk kebaikan Lia.

Ini gambar terkini aku ambil sebelum aku beri kepada tuan yang baru. Aku ambil bersama sama dengan Omar. Omar pun dah besar. Aku perasan yang Lia tidak tahu apa apa langsung yang dia akan tinggalkan aku buat selamanya. Aku pun tak tahu bila lagi aku dapat bertemu dengan Lia lagi. Sedih tu sedih jugak tapi tak adalah sampai aku nak mengalirkan air mata sebab air mata aku ni mahal...hehehehehe. Bila aku melihat Lia di bawa pergi terus aku teringat bait bait lirik lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu.

Aku masih ingat lagi bagaimana aku mendapatkan Lia. Tahun lepas dalam bulan Jun, aku ke bazar. Lantas aku melihat seorang wanita Rusia sedang mendukung Lia. Kalau tak silap aku, masa tu Lia baru sahaja berumur satu setengah bulan. Aku terus bertanya samaada kitten tersebut hendak di jual aku tidak. Wanita itu berkata dengan harga sekian sekian. Aku tawar dan memperolehi Lia. Masa tu suka sangat sebab ada teman untuk bermain dalam bilik. Aku pernah cerita kisah Lia di dalam blog aku yang terdahulu. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan yang abadi sebab Lia sudah menjadi sebahagian dari diri aku sendiri....huhuhuhuhuhu.......

Comments

SkiD said…
Aduhhh!!! aku ingatkan pasal siapa... Kucing rupanya..Kucing Rusia le ni. Eh tuan baru dia cun jugak...amboiiiii!!!
zura aini said…
kalau kami anak beranak mau meraung nak tinggalkan kucing kesayangan. kalau dah bela macam part of my family dah kiranya.

bapa saya pun peminat uji rashid, kata dia suara uji rashid menyanyi manja. mata pun besaq, ha, ha...
hurul said…
sedihnye entry ni.. selalu baca pasal Lia.. so, lepas ni tuan Abu dah takde story anymore 'bout Lia lah..
Abu Ikhlas said…
Skid,

Tu kira wajah wajah grade 4...belum 1st grade lagi.

Zany,
hati meraung la tapi control macho la....sedih memang sedih..huhuhuh

Hurul,
mungkin dah tak ada lagi cerita Lia. Semua tu dah jadi lipatan sejarah...
kesian la kat lia....
tp xpe....demi kebaikkan die....

Popular posts from this blog